Masa bulan puasa baru ini, ramai yang komen atau ulas kes sampin keris dengan memetik kes Hakcipta tahun 2017 Telekung Siti Khadijah sebagai rujukan.
Sebagai peguam yang mengendalikan kes tersebut, saya berasa bangga dan bersyukur kerana kes tersebut dapat dijadikan precedent terutamanya bagi industri fesyen.
Ingat lagi ketika itu bila Hakim tanya ada tak kes berkenaan telekung yang Mahkamah boleh rujuk sebagai precedent, memang saya dan peguam belah sana jawab tak ada.
Bila tahun 2023, saya mewakili telekung Siti Khadijah sekali lagi untuk keluaran telekung yang berbeza tetapi di bawah Rekabentuk Industri pula, membuatkan ramai tertanya-tanya sebenarnya telekung ini dilindungi di bawah Hakcipta atau Rekabentuk Industri?
Tak sedikit juga yang persoalkan bagaimana pula telekung pun boleh dapat perlindungan Harta Intelek?
Jadi saya ambil masa sedikit untuk tulis artikel berkenaan kedua-dua kes telekung ini untuk diterbitkan oleh Thomson Reuters.
Semoga boleh dijadikan rujukan dan menjawab semua persoalan insyaAllah.
Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat salinan penuh soft copy, boleh dapatkan dari laman Linkedin Hafiz Zubir & Co. dan muat turun di sana.