Hafiz Zubir & Co.

JENIS-JENIS CUTI DI BAWAH AKTA KERJA, 1955

AMBIL TAHU HAK ANDA – JENIS-JENIS CUTI DI BAWAH AKTA KERJA, 1955

Di Malaysia, Akta Kerja, 1955 mengatur tentang hak-hak pekerja dan majikan. Akta tersebut juga turut menyenaraikan beberapa jenis cuti yang terpakai kepada pekerja. Perlu diingatkan walaupun cuti merupakan hak pekerja, namun kelulusan cuti adalah hak majikan sepenuhnya!

Berikut adalah beberapa jenis cuti yang biasanya diberikan kepada pekerja: –

1. CUTI AM [Seksyen 60D]

  • 11 hari cuti am yang diwartakan setiap tahun kalendar
    • 5 hari cuti am wajib yang tidak boleh diganti: -Hari Kebangsaan
      Hari keputeraan YDPA
      Hari keputeraan Raja-Raja Negeri, YDP Negeri, Hari Wilayah Persekutuan Hari Pekerja
      Hari Malaysia
    • 6 hari cuti am yang lain (pilihan majikan)
  • Dan mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai cuti am khas oleh Perdana Menteri.
  • Walaubagaimanpun, mana-mana hari yang diistiharkan sebagai cuti am khas oleh Kerajaan Negeri, majikan adalah tidak wajib untuk memberi cuti tersebut kepada pekerja.

2. CUTI TAHUNAN [Seksyen 60E]

  • Setiap 12 bulan perkhidmatan secara berterusan dengan majikan yang sama: –
    • 8 hari – tempoh berkhidmat < 2 tahun
    • 12 hari – tempoh berkhidmat > 2 atau < 5 tahun
    • 16 hari – tempoh berkhidmat > 5 tahun
  • Tidak termasuk hari rehat dan cuti am.

3. CUTI SAKIT [Seksyen 60F]

  • Cuti sakit yang tidak melibatkan hospitalisasi: –
    • 14 hari secara agregat dalam setiap tahun – tempoh berkhidmat < 2 tahun
    • 18 hari secara agregat dalam setiap tahun – tempoh berkhidmat > 2 atau < 5 tahun
    • 22 hari secara agregat dalam setiap tahun – tempoh berkhidmat > 5 tahun
  • Cuti sakit yang melibatkan hospitalisasi: –
    • 60 hari secara agregat dalam setiap tahun (tidak termasuk cuti sakit diatas dan tidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan).
    • Termasuk cuti sakit pergigian.
      • Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit sekiranya sedang cuti materniti atau menerima pampasan hilang upaya akibat bencana kerja.

4. CUTI MATERNITI / BERSALIN [Seksyen 37]

  • 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
  • Syarat-syarat kelayakan: –
    • Berkhidmat dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.
    • Berkhidmat dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 1 hari dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin.
    • Hamil sekurang-kurangnya 22 minggu semasa melahirkan anak sama ada hidup atau mati.
    • Terhad sehingga kelahiran anak ke-5 sahaja.

5. CUTI PATERNITI [Seksyen 60FA]

  • 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am.
  • Syarat-syarat kelayakan: –
    • Pekerja lelaki yang telah berkahwin.
    • Berkhidmat dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan.
    • Memaklumkan kepada majikan tentang kehamilan isteri sekurang-kurangnya 30 hari sebelum bersalin.
    • Terhad sehingga kelahiran anak ke-5 sahaja tanpa mengira bilangan isteri.

Walaubagaimanapun, terdapat juga cuti-cuti yang tidak tertakluk dibawah peruntukan Akta Kerja, 1955 namun diberikan oleh majikan kepada pekerja atas dasar ‘moral obligation’. Cuti-cuti tersebut adalah seperti: –

1. CUTI KEMATIAN (Compassionate Leave)

  • Jika terdapat anggota keluarga terdekat yang meninggal dunia.

2. CUTI KEPERLUAN KHAS (Special Leave)

  • Seperti menjalankan ibadah Haji dan Umrah.
  • Cuti perkahwinan.
  • Cuti sambung belajar.

3. CUTI KECEMASAN (Emergency Leave)

  • Urusan keluarga yang mendesak atau keperluan kecemasan lain seperti kemalangan atau kejadian darurat yang tidak dijangkakan.

4. CUTI TANPA GAJI (Unpaid Leave)

  • Pekerja yang telah kehabisan cuti tahunan / cuti sakit.
  • Gaji pekerja akan dipotong berdasarkan jumlah hari cuti yang diluluskan.

 

Memandangkan cuti-cuti yang dinyatakan di atas tidak terkandung di dalam Akta Kerja, 1955, maka jumlah hari cuti yang dibenarkan adalah bergantung kepada keputusan majikan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan syarikat.

Sebagai seorang pekerja, anda perlu peka terhadap syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan syarikat sebelum memohon cuti dan pastikan jika terdapat kerja-kerja yang mustahak ianya harus diselesaikan terlebih dahulu. Jadilah seorang pekerja yang berhemah dan bertanggungjawab.

Nurwahidah Ab Wahab

Disclaimer

All data and information provided on this site are for informational purposes only. Hafiz Zubir & Co. makes no representations as to the accuracy, correctness, completeness, suitability, or validity of any information on this site and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. The facts and circumstances of each and every case will differ and therefore will require specific legal advice. Feel free to contact us for legal consultation.