MAJLIS KESYUKURAN & MAJLIS PERPISAHAN
=======================================
31 Januari 2020, Alhamdulillah, Jumaat yang penuh barakah, HZAC telah mengadakan Majlis Kesyukuran secara ringkas tetapi penuh pengisian. Majlis telah dihadiri oleh Ustaz Hj. Mukram Bin Dato’ Mohd Taib untuk menyampaikan tazkirah serta doa untuk kemajuan HZAC yang telah menjangkau usia 2 tahun.
Pada hari yang sama juga, jamuan perpisahan telah diadakan untuk Nureen Nabilla Binti Hairul Nizam, pelajar tahun kedua daripada University of Waikato, New Zealand yang telah menjalani latihan internship selama sebulan di HZAC. We wish all the best in the future endeavors.