Hafiz Zubir & Co.

Strategi Penjenamaan Mencerminkan Posisi di Pasaran

Strategi Penjenamaan Mencerminkan Posisi di Pasaran3

Strategi Penjenamaan Mencerminkan Posisi di Pasaran: Cabaran terbesar untuk sebuah syarikat yang telah berjaya dengan sesuatu produk adalah untuk terus kekal relevan dan mengukuh di dalam pasaran.

Kebanyakan dari mereka telah mengambil langkah yang betul dengan cuba untuk mempelbagaikan produk mereka bagi meningkatkan bahagian mereka di dalam pasaran. Langkah mereka akan membuahkan hasil sekiranya mereka melakukan strategi penjenamaan yang betul dan tidak terlalu terikat dengan kejayaan produk utama mereka.

Misalnya walaupun Coca-Cola adalah satu jenama yang sangat berkuasa, The Coca-Cola Company tidak menggunakan jenama Coca-Cola untuk semua produk-produk minumannya.

Ini kerana syarikat tersebut sedar bahawa pengaruh iklan dan pemasaran yang ekstensif dan berkesan akan memberikan impak di minda masyarakat di mana para pengguna akan menghubungkan secara luar sedar di antara jenama Coca-Cola dengan minuman berkarbonat yang berasaskan Cola.

Sekiranya The Coca-Cola Company menggunakan jenama Coca-Cola untuk produk-produk lain, ianya tidak akan dapat melawan pemikiran yang telah tertanam di minda luar sedar masyarakat dan oleh itu produk-produk lain tidak akan dapat menghasilkan jualan yang tinggi seperti minuman berkarbonat yang berasaskan Cola mereka.

Oleh itu, memandangkan The Coca-Cola Company ingin produk-produk lain menghasilkan jualan yang setanding atau boleh menandingi produk utama mereka iaitu minuman berkarbonat yang berasaskan Cola, maka The Coca-Cola Company membangunkan jenama berasingan untuk setiap produknya.

Jadi muncullah jenama-jenama lain oleh The Coca-Cola Company seperti Sprite untuk minuman berkarbonat yang berasaskan lemon-lime, Fanta untuk minuman berkabonat berperasa buah-buahan, Minute Maid untuk minuman jus oren, glaceau vitaminwater untuk air vitamin, Dasani untuk air mineral, Costa Coffee untuk kopi dan banyak lagi.

Leave a Reply