Hafiz Zubir & Co.

Pelanggaran Cap Dagangan: Pengeluar Kuih Tart Failkan Saman

Pelanggaran Cap Dagangan Pengeluar Kuih Tart Failkan Saman

Pengeluar kuih tart failkan saman kerana pelanggaran cap dagangan. Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan Jumaat ini untuk pengurusan kes saman syarikat penjual kuih tart nanas terkenal terhadap seorang wanita yang masih menggunakan cap dagangan syarikat walaupun kontrak sudah berakhir.

Tarikh itu dimaklumkan peguam Ahmad Hafiz Zubir yang mewakili Syarikat Ramun Food Industries Sdn Bhd (plaintif) yang memfailkan saman tu terhadap Zaiton Kassim (defendan) yang berniaga atas nama Ramun Larking Idaman Trading.

Pada 3 Mei lalu, Ramun Food Industries yang menjalankan perniagaan menjual produk makanan, pastry, kek, kuih dan biskut termasuk produk utama mereka, kuih tart nanas memfailkan saman itu.

Leave a Reply