Hafiz Zubir & Co.

Mengapa Perlu Menubuhkan Syarikat Sdn Bhd?

Mengapa Perlu Menubuhkan Syarikat Sdn Bhd?

Ramai yang menyangka menubuhkan syarikat Sdn Bhd memerlukan biaya yang tinggi, namun tidak dinafikan ia merupakan satu pelaburan yang berbaloi sekiranya anda mengetahui kebaikan yang bakal diperoleh oleh Pengarah Syarikat dan Pemilik sesebuah syarikat apabila menjalankan perniagaan menggunakan status Sdn Bhd.

Untuk mengetahui secara terperinci kos yang diperlukan untuk menubuhkan syarikat sdn bhd anda boleh mendapatkan sebut harga di mana-mana pejabat Setiausaha Syarikat yang berdaftar dengan SSM atau mana-mana badan yang diiktiraf oleh Pendaftar Syarikat Malaysia.

Tetapi harus diingat, sebelum menubuhkan sesebuah syarikat, lantikan Setiausaha Syarikat sangat penting kerana mereka bertanggungjawab memastikan bakal Pengarah dan Pemegang Saham layak bertindak bagi syarikat menurut peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Syarikat 2016.

Bagi Penubuhan Syarikat Sdn Bhd, Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah membenarkan pemilikan syarikat oleh seorang sahaja pemegang saham dan seorang pengarah syarikat, ini dapat membantu menjadikan pengurusan perniagaan akan menjadi lebih mudah dan senang dikendalikan.

Untuk memastikan perniagaan anda lebih tersusun dan bersistematik di bawah ini kami akan kongsikan mengapa dengan menubuhkan syarikat Sdn Bhd anda bakal memperoleh manfaat yang sebaiknya.

1. SISTEM PENGURUSAN YANG LEBIH CEKAP DAN SISTEMATIK
Setiap tahun syarikat diwajibkan untuk menghantar Laporan Tahunan dan Laporan Audit Penyata Kewangan, justeru itu menjadi tanggungjawab setiap pemilik dan pengurusan syarikat melantik dan menyediakan dokumen penyata tahunan dan penyata kewangan melalui Setiausaha dan Juruaudit yang cekap & bertauliah untuk dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Setelah menubuhkan syarikat,selain data dan maklumat syarikat yang baharu disimpan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, data ini juga akan dihantar ke agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara automatik seperti KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini bertujuan memudahkan proses pendaftaran pengurusan cukai dan data pekerja dilapor terus ke agensi berkenaan.

2.ENTITI YANG BERBEZA
Syarikat Sdn Bhd mempunyai entiti yang berbeza dari pemilik. Liabilti dan pegangan saham berdasarkan jumlah yang terhad kepada modal syarikat. Sekiranya
terdapat kegagalan syarikat melunaskan sebarang hutang ke atasnya, pemiutang boleh menuntut hutang berdasarkan jumlah yang telah dikeluarkan oleh syarikat. Bahkan proses untuk mendapatkan

pinjaman dari agensi kewangan juga menjadi lebih mudah dan lebih yakin dengan menggunakan syarikat Sdn Bhd disebabkan pengurusan dan tadbirurus yang baik.

3. PEMILIKAN ASET
Pemilikan Syarikat boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi. Pemilikan saham dan pertukaran pengarah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kebolehupayaan syarikat sdn bhd memiliki asset dan nilai yang akan semakin meningkat sekiranya perniagaan yang dijalankan bertambah maju serta dapat membantu melonjakkan keuntungan yang dijana oleh pihak syarikat.

4. PERANCANGAN KEWANGAN
Seperti sedia maklum, pengurusan cukai syarikat lebih dikenali sebagai Cukai Korporat. Pemilik syarikat mampu merancang perjalanan kewangan syarikat seterusnya menjana keuntungan maksimum apabila diwajibkan menyiapkan laporan kewangan untuk dihantar ke Badan Pendaftar. Bahkan pelbagai insentif yang diberikan kerajaan melalui insentif pengecualian cukai mampu meransang pertumbuhan syarikat dan menjimatkan kos perbelanjaan pemilik-pemilik perniagaan dalam mengendalikan operasi harian perniagaan melalui pengurusan cukai yang bersistematik.

Semoga perkongsian ini membantu pemilik-pemilik perniagaan di luar sana yang masih memikirkan samada perlu menubuhkan syarikat Sdn Bhd. Sekiranya anda berminat untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd sila hubungi 011-23322087 atau menghantar email ke [email protected] untuk maklumat & keterangan lanjut.