Hafiz Zubir & Co.

PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI PERINGKAT GLOBAL MELALUI SISTEM MADRID

PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI PERINGKAT GLOBAL MELALUI SISTEM MADRID

Pengenalan

Pendaftaran Cap Dagangan atau pun jenama adalah tidak wajib didaftarkan namun ianya sangat diperlukan dan merupakan keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi bagi memastikan bukti hak milik serta ketulenan atau kepalsuan sesuatu jenama itu. Selain itu, dengan adanya pendaftaran jenama ini, ianya akan mendapat perlindungan di bawah undang- undang iaitu di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan Peraturan- peraturan Cap Dagangan 2019. Sekiranya terdapat perlanggaran jenama pihak pemilik boleh mengambil tindakan atas perlanggaran tersebut melalui undang- undang yang telah diperuntukkan ini.

Pendaftaran Cap Dagangan atau pun jenama juga dilakukan bagi memudahkan perlepasan kastam bagi pasaran eksport bagi barangan yang tulen dan juga memudahkan perjanjian yang dilakukan mengenai jenama tersebut dengan negara- negara luar. Pendaftaran Cap Dagangan akan mendapat perlindungan secara territorial dimana hak pendaftaran tertakluk kepada setiap negara.

Bagi pendaftaran cap dagangan antarabangsa ianya boleh dilakukan melalui tiga (3) laluan pendaftaran antarabangsa iaitu melalui Laluan nasional (nasioanal route), Regional route dan Laluan madrid (madrid route).

Fungsi Cap Dagangan

Justeru itu fungsi Cap Dagangan atau pun jenama ini adalah penting dalam sesuatu perniagaan. Antara fungsi- fungsi tersebut adalah ianya merupakan fungsi tradisional atau merupakan source of origin yang memberitahu siapakah pengeluar bagi jenama tersebut, bagaimana pemilihan barang dengan adanya jenama contohnya seperti pembelian handphone melalui pelbagai jenama seperti samsung/apple/oppo dan sebagainya.

Kedua, ianya berfungsi sebagai alat pemasaran di pasaran tempatan atau global. Dimana ianya dapat memperkenalkan produk yang berkualiti dan memberi reputasi kepada jenama tersebut. Seterusnya Cap Dagangan boleh menjadi sumber bagi menjana pendapatan dimana jenama boleh dijual atau bertukar milik. Bahkan Cap Dagangan juga boleh menjadi fungsi perlesenan/franchise. Pemilik Cap Dagangan akan mendapat hasil daripada perlesenan / franchise dan juga pulangan dalam bentuk royalti. Cap Dagangan juga menjadi fungsi penjualan jenama dengan melihat kepada nilai tahunan setiap satu jenama. Contohnya seperti nilai jenama Microsoft bagi setiap tahun.

Ciri- Ciri Jenama yang boleh didaftarkan

Bagi pendaftaran jenama adalah dibenarkan untuk mengambil nama-nama di dalam kamus  tapi dengan syarat nama tersebut tiada kaitan dengan produk / servis pemohon. Selain itu, antara ciri- ciri jenama yang boleh didaftarkan hendaklah mempunyai ayat yang mudah disebut dan mudah diingat. Contohnya seperti Adabi/Nona/Maggi. Jenama tersebut juga merupakan ayat yang mempunyai ejaan yang mudah. Jenama tersebut juga perlulah Distinctive iaitu yang ada kelainan/catchy word contoh seperti Lazada/Jakel/Shoppe.

Jenama tersebut juga tidak lucah/tidak elok- namun bagi jenama ‘Fcuk” yang bermaksud singkatan bagi French Connection UK telah mendapat registration setelah mendapat kebenaran daripada court of UK. Jenama yang baik juga adalah jenama yang boleh dilindungi di bawah undang- undang. Namun terdapat situasi di mana sesuatu jenama itu sudah lama berada di pasaran tapi ianya tidak berdaftar. Dan apabila permohonan pendaftaran dilakukan jenama tersebut tidak berjaya didaftarkan, maka jenama tersebut tiada perlindungan di bawah undang- undang walaupun telah lama berada di pasaran.

Selain itu, iika jenama tersebut dibawa ke pasaran luar negara, hendaklah mengetahui law atau kajian keadaan setempat dan tidak menyentuh isu sensitive. Pemohon perlulah berhati- hati dalam memilih Cap Dagangan agar dapat didaftarkan.

Dari segi antarabangsa, melalui Conventional Paris jenama yang boleh didaftarkan adalah any sign distinguishable (yang boleh dibezakan) dan hendaklah mempunyai representasi grafik yang bernaksud boleh menggambarkan jenama dalam bentuk gambar/perkataan/bau.  Terdapat dua (2) isu bagi alasan penolakan pendaftaran jenama iaitu alasan mutlak dan alasan relatif.

  1. Alasan mutlak: – distinctive; customary; jenama yang tidak mengelirukan orang ramai; tidak berlawanan dengan moral order
  2. Alasan relatif- berkaitan jenama lain; terdapat jenama yang telah didaftarkan terlebih dahulu; serupa/hampir menyerupai jenama lain

Bagi mengelakkan alasan- alasan penolakan ini, pemohon digalakkan untuk membuat carian terlebih dahulu di Asean TM/Global Brand Database dan/atau membuat preliminary search advise (PSA). Selain itu bagi menguatkan sesuatu jenama itu hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti perkataan yang dicipta, perkataan yang rawak –contoh jenama Apple yang menjual computer adalah dibenarkan. Perkataan kiasan/ hint- contoh kickers untuk penjualan produk kasut iaitu yang tidak direct dengan produk tersebut. Atau pun perkataan distinctive yang  mempunyai primary dan secondary meaning. Contoh secret recipe. Primary meaning menunjukkan kepada resepi makanan. Secondary meaning menunjukkan kedai kek. Pemilik jenama ini boleh menghentikan sekiranya terdapat pihak lain yang menggunakan jenamanya namun tidak boleh menghentikan pihak lain untuk menggambarkan produk mereka sebagai secret recipe.

Sistem Madrid

Bagi pendaftaran cap dagangan antarabangsa iaitu melalui sistem Madrid, ianya merupakan sistem tertutup dan terhad kepada negara ahli sahaja. Pemfailan di dalam sistem madrid adalah pemfailan tunggal (single application) bagi berbilang negara dan berbilang kelas. Pemilik Cap Dagangan juga boleh mendapatkan perlindungan di beberapa negara.

Pelaksanaan sistem Madrid di Malaysia bermula dengan penyertaan ke protokol madrid pada 27 September 2019 dan deposit instrument untuk penyertaan protokol madrid dilakukan. Pada 27 Disember 2019 sistem madrid telah berkuatkuasa di Malaysia.

Dengan penyertaan Malaysia ke sistem madrid ini telah menjadikan Malaysia negara yang ke 106 yang menyertainya dan melibatkan 122 negara di dalam sistem ini.

Sistem madrid merupakan suatu sistem pendaftaran cap dagangan antarabangsa di bawah pentadbiran WIPO: Biro Antarabangsa WIPO (IB). Sistem madrid adalah mekanisma pemfailan secara centralised dan melibatkan procedural sahaja.

Sistem madrid ditadbir berdasarkan dua (2) triti iaitu Madrid Agreement 1891 dan Madrid Protokol 1989 (kini). Contracting  parties adalah merujuk kepada negara-negara yang menjadi ahli kepada Agreement dan/atau Protokol dan secara bersama telah membentuk Madrid Union. Antara negara- negara yang telah menjadi ahli Madrid Union adalah Vietnam, Singapore, Philippines, Cambodia, Lao PDR, Brunei, Thailand, Indonesia & Malaysia. Komponen utama bagi sistem madrid terdiri daripada Pemohon/Pemilik, The Office of Origin (OO), The International Bureau, WIPO (IB) dan The Designated Contracting Party (DCP).

Ciri-ciri utama sistem madrid dalam pendaftaran Cap Dagangan antarabangsa boleh dilihat seperti yang berikut;-

  1. Pemohon hendaklah layak mempunyai kelayakan menggunakan sistem madrid ini. Dimana pemohon hendaklah mempunyai hubungan dengan negara ahli: samada warganegara/domicil/ place of business/ commercial establishment (kelayakan adalah salah satu sahaja) dan Malaysia telah memilih commercial establishment.
  2. Pemohon hendaklah mempunyai basic mark di Office of Origin (OO) dan telah membuat permohonan/ mendapat pendaftaran di OO.
  3. Permohonan antarabangsa difailkan melalui OO dalam bahasa Inggeris dan fi terus dibayar ke IB, WIPO melalui OO.
  4. Fi bayaran bagi sistem madrid adalah dalam matawang Swiss Franc- CHF. Fi bayaran termasuklah Basic Fee + Individual Fee (mengikut negara)/Complimentary Fee. Basic fee hanya dibayar satu (1) kali sahaja (CHF 653). Fi untuk setiap tambahan kelas adalah Supplementary/ Individual fee. Malaysia telah memilih Individual Fee juga bagi untuk setiap tambahan kelas.
  5. Pendaftaran antarabangsa bergantung kepada basic mark dimana basic mark tersebut  hendaklah berstatus aktif dan tempoh dependency period bagi basic mark adalah 5 tahun pertama. Sekiranya berlaku Ceasing Effect ianya akan menyebabkan Central Attack.
  6. Transformation iaitu ditukar ke permohonan nasional. – Jika pendaftaran antarabangsa terbatal dalam tempoh 5 tahun dependency period bagi basic mark, holder atau pemilik Cap Dagangan boleh membuat permohonan Transformation dari permohonan antarabangsa ke permohonan nasional. Akan tetapi, jika holder secara sukarela membuat pembatalan permohonan antarabangsa, Transformation tidak akan  dibenarkan. Holder juga hendaklah dalam masa 3 bulan dari tarikh pembatalan direkod dalam daftar IB mesti membuat permohonan Transformation terus ke Pejabat DCP. Contohnya, jika Malaysia ialah Pejabat DCP, holder boleh memfailkan borang MP5 (Application to record replacement…) RM100 per application. Hasil dari transformation ini, tarikh pemfailan nasional adalah sama seperti dalam pendaftaran antarabangsa.
  7. Kemungkinan penolakan oleh DCP boleh berlaku dalam tempoh tertentu samada 12 bulan/18 bulan/18 bulan plus. Malaysia telah memilih 18 bulan dan 18 bulan plus.
  8. Subsequent desgination adalah dibenarkan dalam sistem Madrid iaitu kemudiannya pemohon boleh membuat permohonan perlindungan di negara-negara ahli dan basic fee tidak dikenakan. Hanya bayaran individual fee sahaja dikenakan.
  9. Di dalam sistem Madrid, tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun bermula dari tarikh pendaftaran antarabangsa
  10. Di dalam sistem Madrid perekodan perubahan dilakuan in a single operation
  11. Sistem Madrid mempunyai prosedur replacement dimanapermohonan baharu yang sama dengan pendaftaran sedia ada.

Fungsi Pejabat Cap Dagangan dalam sistem Madrid adalah pejabat Cap Dagangan berperanan sebagai DCP atau Office of Origin (OO) yang menguruskan permohonan Malaysia ke luar negara. Selain itu, Pejabat Cap Dagangan akan memberi khidmat nasihat kepada pemohon sebelum permohonan dilakukan dan Pejabat Cap Dangangan perlu melakukan pengesahan (certified) permohonan antarabangsa tempatan ke Madrid iaitu dengan memastikan kelayakan pihak pemohon. Dimana pemohon hendaklah seorang Wargenegara dan merupakan penduduk tetap (domiciled). Selain itu, corporation ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai commercial establishment di Malaysia.

Pejabat Cap Dagangan juga perlu memastikan basic mark pemohon adalah cap dagangan  yang identical yang mempunyai produk/ perkhidmatan yang sama. Perlu dipastikan bahawa pemohon adalah pemohon yang sama dan status Cap Dagangan tersebut hendaklah registration (berdaftar) atau application (pending). Pejabat Cap Dagangan juga perlu melakukan keeping track terhadap basic mark in a 5 years period.

Bagi memudahkan pemohon, pejabat Cap Dagangan yang akan menghantar permohonan rasmi (MM2) bagi pihak pemohon kerana pemohon tidak boleh menghantar sendiri permohonan ke WIPO. Pemohon hendaklah membuat pembayaran terus ke IB WIPO. Namun MyIPO sebagai Office of Origin akan mengenakan handling fees untuk menyemak dan mengesahkan basic mark yang digunakan untuk pemfailan Madrid iaitu bagi Borang MM1: handling fee adalah sebanyak RM200.00 dan bagi Borang MM2: ianya akan dihantar ke IB melalui Madrid Office Portal (MOP). Perlu diambil perhatian bahawa penetapan bagi designation fee di bawah sistem Madrid adalah mengikut jumlah sebenar keseluruhan iaitu RM1100 / RM950. Selanjutnya, tarikh pendaftaran madrid dapat dilihat pada tarikh MM2 diterima oleh MyIPO dan/atau tarikh IB terima.

Kepentingan Basic Mark (Pendaftaran Tempatan) adalah sangat penting di dalam sistem Madrid. Ini kerana pendaftaran antarabangsa bergantung kepada registrability basic mark tersebut di Malaysia selama tempoh 5 tahun. Di dalam sistem Madrid, sekiranya berlaku ceasing effect (Madrid central attack) akan membatalkan semua pendaftaran cap dagangan tersebut di dalam sistem Madrid. Antara perkara yang boleh menjadi punca terjadinya central attack adalah disebabkan permohonan pending sebagai basic mark dimana apabila berlakunya penolakan/bangkangan/abandoned & withdrawn dan/atau berlaku pemotongan/pembatalan & invalidation/removed bagi cap dagangan yang telah berdaftar sebagai basic mark.

Justeru dapat dilihat disini bahawa basic mark hendaklah registrable di Malaysia dan pendaftaran tersebut adalah yang sah dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh. Pemohon dinasihatkan agar mementingkan basic mark serta mengambil perhatian terhadap surat pejabat dan sentiasa mengemaskini alamat dan memastikan mendapat pendaftaran bagi basic mark tersebut.

Bagi mengelakkan central attack seperti yang dinyatakan di atas berlaku, pastikan cap dagangan tersebut adalah registrable dan tidak serupa dan/atau hampir menyerupai cap- cap dagangan pihak yang lain. Pemohon hendaklah mengelakkan memohon cap dagangan yang mempunyai pertikaian atau pun berisiko kerana kes seperti ini kerap berlaku.

Pemohon hendaklah maklum bahawa pihak MyIPO juga ada menyediakan perkhidmatan pendapat dan carian awal Pendaftar (PSA) untuk kemudahan pemohon. Pemohon juga hendaklah menggunakan cap dagangan yang berdaftar atau yang telah diluluskan sebagai basic mark mereka. Selain itu, pemohon juga boleh menggunakan khidmat ejen cap dagangan yang berdaftar yang mahir mengenai pendaftaran cap dagangan tempatan dan antarabangsa bagi membantu pemohon menguruskan dan/atau memberi bimbingan kepada pihak pemohon.

Sebagai kesimpulannya dengan adanya sistem Madrid ini antara kebaikan yang dapat dilihat ialah ianya memudahkan sistem pentadbiran dan pendaftaran cap dagangan antarabangsa di kalangan contracting parties kerana melalui prosedur pentadbiran tunggal. Urusan pendaftaran juga dilaksanakan di dalam bahasa tunggal iaitu Bahasa Inggeris dan matawang tunggal (Swiss Franc). Justeru ianya dapat menjimatkan kos terjemahan dan permohonan juga dapat dilaksanakan secara centralize dan melalui central management of registration.

Tambahan pula, sistem Madrid dapat memudahkan pemilik cap dagangan luar negara mendaftar dan mendapat perlindungan di Malaysia. Selain itu, permohonan dibuat secara langsung oleh permohon tanpa perlu menggunakan ejen tempatan kerana hanya melibatkan OO dan IB sahaja.

Sistem Madrid juga dapat menghasilkan prasarana pendaftaran antarabangsa yang menggalakkan jenama Malaysia ke peringkat global serta menjadi tarikan perniagaan dan pelaburan luar.

Dengan adanya sistem Madrid ini pemilik bagi jenama atau peniaga tempatan dapat melindungi cap dagangan mereka di pasaran eksport dengan cara yang lebih mudah dan murah dan dapat menjadi gerbang ke pasaran global.

Selain itu, pelaksanaan sistem Madrid juga membolehkan permohonan berbilang kelas dilakukan namun pemfailan tunggal masih dibenarkan. Fi bagi preapproved list juga lebih murah dan non-traditional mark (visible dan non visible sign) juga turut diperkenalkan. Justeru sistem Madrid akan membantu usahawan dan/atau syarikat di Malaysia ini mendaftar cap dagangan mereka di luar negara dengan kos yang lebih efektif dan murah. Sekaligus dapat memperkenalkan jenama tempatan Malaysia di negara- negara luar dengan lebih mudah dengan adanya sistem Madrid di dalam pendaftaran Cap Dagangan antarabangsa.

Leave a Reply